Nadi Dilea Program Khas : Webinar Berkala Matematik Edisi 2 (Skor Matematik Mudah Spm : Kertas 1 & 2)
22 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Webinar Berkala Matematik Edisi 2 (Skor Matematik Mudah Spm : Kertas 1 & 2) secara atas talian. Webinar ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Webinar bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.
Program Khas – Webinar Berkala Matematik Edisi 2 (Skor Matematik Mudah Spm : Kertas 1 & 2) bersama Cikgu Azwan. Webinar ini bertujuan untuk memperkukuh penguasaan konsep matematik dalam kalangan pelajar melalui pendekatan interaktif dan mesra pelajar. Kelas ini diteruskan sebagai salah satu usaha berterusan bagi memastikan pelajar kekal konsisten dalam pembelajaran, khususnya dalam subjek matematik. Mendedahkan teknik pantas dan mudah untuk menjawab soalan SPM, Menambahkan keyakinan dan kefahaman terhadap kertas 1 & 2 dan memberi panduan terus daripada guru berpengalaman sejak 2002
Program Webinar ini membantu pelajar untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan dan menjadikan NADI sebagai platform utama penyaluran manfaat untuk menyokong literasi digital dalam pendidikan di Malaysia. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: